Monday, February 15, 2010

Niaga Tepi Jalan / Pasar Malam / Bazar Larut Malam

Topik ini sangat simple dan mudah untuk difahami. Proses pelaksanaannya juga mudah. Seperti yang sudah saya katakan sebelum ini, lihat diri anda dan apa yang mungkin sesuai dengan diri anda kerana anda sahaja yang tahu. Maksud saya, nak jual apa, nak jual di mana, berapa modal yang anda ada dan juga apa yang mungkin anda boleh buat untuk dijual. Ambil satu situasi mudah,

  1. Jual Dadih
  • Anda cuma perlu beli cup, sudu plastik, dadih powder, susu cair, polisterin box.
  • Buat di rumah, sejukkan, masukkan dalam box dan jual di mana-mana yang ada orang ramai (karnival, masjid pada hari jumaat dll.)

Ini contoh senang dan modal yang diperlukan adalah sekitar RM10 sahaja untuk menghasilkan lebih kurang 30 cup dadih. Biasanya orang jual sekitar RM1 satu cup. So kira la sendiri.

  • "Aku malu la nak jual macam tu"
  • "Aku mana ada pengalaman jual-jual tepi jalan ni"
  • "Lecehlah nak berangkut-angkut ke sana-sini bawa box"
  • "Kalau tak laku macamana"?
  • "Nanti kawan-kawan ketawakan aku"
DAN BANYAK LAGI LA ALASAN-ALASAN LAIN


Sekiranya anda memberikan alasan yang sebegitu, maka perniagaan tepi jalan atau pasar malam atau bazar larut malam TIDAK SESUAI dengan anda. Simple kan?

Thursday, February 11, 2010

Rahsia Simple

Cuba gunakan apa sahaja sumber yang ada di sekeliling kita. Pasti ada yang mudah dan senang serta sesuai dengan karaktor kita. Bermula dengan apa yang ada di depan mata. Saya bersetuju dengan pandangan Chef Rusli pengarang buku Jutawan Senyap. Beliau menyatakan supaya kita bermula dengan apa yang ada. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan di permulaan. Kesempurnaan boleh dicapai melalui perjalanan sesuatu proses pembelajaran. Pastinya kita mahukan yang lebih baik dan lebih baik dari hari ke hari.

Boleh saja nak tambah income dengan :

  1. Niaga tepi jalan/pasar malam/bazar larut malam
  2. Buat MLM
  3. Buat Online Bisnes

Pilihlah yang mana satu yang anda rasa boleh buat dan sesuai dengan karaktor anda. Yang penting jangan hangat-hangat tahi kambing. Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita tambah income, cumanya saya senaraikan 3 yang di atas ini sebab inilah yang dekat sangat dengan persekitaran kita. Inilah juga yang sentiasa menjadi topik utama apabila bersembang di warong-warong dan kopitiam.

Wednesday, February 10, 2010

Ramai Orang Takut..Kenapa Ya??

Hari ini ramai orang takut dengan apa saja tawaran berkenaan bisnes kecil-kecilan terutamanya yang berorientasikan MLM dan juga Online Business. Terserah pada persepsi masing-masing. Cuma pada saya, pandanglah setiap apa yang datang itu sebagai satu peluang. Kemudian dengan pertimbangan berdasarkan pengetahuan, buatlah pilihan sama ada mahu ataupun tidak. Simple kan?

Ada yang datang nampak mudah tapi memerlukan modal beribu ringgit. Ada yang datang nampak senang tapi memerlukan modal ratusan ringgit sahaja. Hei, ada juga yang datang tapi memerlukan modal puluhan ringgit sahaja. Memang ada. Pilihan di tangan anda. Yang pasti, anda perlu sanggup belajar, memberikan komitmen yang cemerlang dan percaya pada pilihan anda itu.

Ada orang kata sampai bila mahu bekerja dengan orang? Kenapa tidak anda menjadi boss kepada diri anda sendiri? Kenapa mesti menjadi kuli kepada orang lain? Macam-macam kan. Biasalah tu, ayat-ayat untuk memujuk supaya anda terbuka minda untuk menerima tawaran mereka. Cuma kebanyakkannya hanya manis ketika memujuk. Tapi saya juga tidak menafikan kejayaan sebahagian daripada mereka itu. Anda harus bijak membuat keputusan.

Pada saya, penerimaan tawaran itu haruslah berlandaskan kemampuan anda terutamanya dari segi modal. Tidak perlu sehingga terpaksa membuat pinjaman dengan bank atau seumpamanya. Anda juga tidak perlu menggadaikan sesuatu yang berharga milik anda semata-mata untuk mendapatkan modal walaupun pada dasarnya anda merasakan peluang yang datang itu sangat bagus dan mungkin datang sekali sahaja. Kecuali lah anda betul-betul yakin. Tapi pada saya, tetap tidak perlu. Kenapa? Bukankah banyak lagi pilihan di luar sana yang mungkin lebih murah dan mudah? Jadi gunakan kebijaksanaan anda dalam membuat pilihan. Ukur baju di badan sendiri. Berbisneslah mengikut keselesaan dan kerelaan anda.

Wassalam