Wednesday, February 10, 2010

Ramai Orang Takut..Kenapa Ya??

Hari ini ramai orang takut dengan apa saja tawaran berkenaan bisnes kecil-kecilan terutamanya yang berorientasikan MLM dan juga Online Business. Terserah pada persepsi masing-masing. Cuma pada saya, pandanglah setiap apa yang datang itu sebagai satu peluang. Kemudian dengan pertimbangan berdasarkan pengetahuan, buatlah pilihan sama ada mahu ataupun tidak. Simple kan?

Ada yang datang nampak mudah tapi memerlukan modal beribu ringgit. Ada yang datang nampak senang tapi memerlukan modal ratusan ringgit sahaja. Hei, ada juga yang datang tapi memerlukan modal puluhan ringgit sahaja. Memang ada. Pilihan di tangan anda. Yang pasti, anda perlu sanggup belajar, memberikan komitmen yang cemerlang dan percaya pada pilihan anda itu.

Ada orang kata sampai bila mahu bekerja dengan orang? Kenapa tidak anda menjadi boss kepada diri anda sendiri? Kenapa mesti menjadi kuli kepada orang lain? Macam-macam kan. Biasalah tu, ayat-ayat untuk memujuk supaya anda terbuka minda untuk menerima tawaran mereka. Cuma kebanyakkannya hanya manis ketika memujuk. Tapi saya juga tidak menafikan kejayaan sebahagian daripada mereka itu. Anda harus bijak membuat keputusan.

Pada saya, penerimaan tawaran itu haruslah berlandaskan kemampuan anda terutamanya dari segi modal. Tidak perlu sehingga terpaksa membuat pinjaman dengan bank atau seumpamanya. Anda juga tidak perlu menggadaikan sesuatu yang berharga milik anda semata-mata untuk mendapatkan modal walaupun pada dasarnya anda merasakan peluang yang datang itu sangat bagus dan mungkin datang sekali sahaja. Kecuali lah anda betul-betul yakin. Tapi pada saya, tetap tidak perlu. Kenapa? Bukankah banyak lagi pilihan di luar sana yang mungkin lebih murah dan mudah? Jadi gunakan kebijaksanaan anda dalam membuat pilihan. Ukur baju di badan sendiri. Berbisneslah mengikut keselesaan dan kerelaan anda.

Wassalam

2 comments:

  1. paling simple.. tengok RM di account sendiri la..(adaptasi dari peribahasa ukur baju badan sendiri)..

    kalau dah tahu akaun bank sikit tu buka lah cawan minda anda yang bertutup tu...supaya air boleh masuk dan dapat diminum penghilang dahaga...

    ReplyDelete
  2. betul la tu wahai jejakpendeta...buka-bukalah minda untuk menerima peluang yang datang.

    ReplyDelete